Pada 25 Julai yang lalu, saya telah berkesempatan ke Zoo Lok Kawi seorang diri.. Janganlah hairan kenapakah saya selalu ke Zoo, Perkara biasa bagi seseorang untuk meminati keindahan dan kepelbagaian ciptaan Tuhan.
Saya telah melawat Zoo Lok Kawi, dan tempat tumpuan adalah bahagian Taman Burung. Tak disangka pula banyak burung disana dan yang amat menarik perhatian adalah burung Enggang.
Burung Enggang atau Burung Rangkong (bahasa Inggris: Hornbill) adalah sejenis burung yang mempunyai paruh berbentuk tanduk sapi tetapi tanpa lingkaran. Biasanya paruhnya itu berwarna terang. Nama ilmiahnya "Buceros" merujuk pada bentuk paruh, dan memiliki arti "tanduk sapi" dalam Bahasa Yunani. Burung Enggang tergolong dalam kelompok Bucerotidae yang termasuk 57 spesies. Sembilan spesies daripadanya berasal endemik di bagian selatan Afrika. Makanannya terutama buah-buahan juga kadal, kelelawar, tikus, ular dan berbagai jenis serangga. (SUMBER: http://id.wikipedia.org/wiki/Enggang)
Saya mendapati terdapat 3 jenis Burung Enggang di dalam Taman ini dan yang saya sempat Shoot dengan DSLR adalah 2 jenis sahaja. Sedang dalam proses mencari nama saintifik.
Memandangkan keadaan kamera saya sedang berada tahap yang kurang baik, maka ada sikit saja la gambar yang ok . Tambahan pula burung ini sangat jinak dengan pelawat yang datang. Kepada jurugambar di luar sana, luangkanlah masa untuk melawat Zoo Lok Kawi terutama sekali Taman Burung ini kerana banyak yang boleh dilihat disini.
No comments:
Post a Comment